BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 26, 2011

itulah dia..

Perasaan cinta tak cukup untuk hidup. Ya! Kita hidup dengan cinta, tapi cinta tak cukup untuk hidup. Dan cinta itu sering datang bersama nafsu..yg melalaikan kita, yang akhirnya memberi sakit, buat kita rasa parah. Sebab cinta itu bersama nafsu.

Mendidik cinta dengan iman itu bukan satu perkara yang mudah. Macam buat popcorn J) tapi sekurang-kurangnya kita try letakkan cinta itu dengan iman. Allah akan bagi bila ada effort dan cinta kita itu bertawakkal. Jangan sedih, jangan menangis terduduk andai cinta itu masih mahu ikut nafsu, sebab dari awal kita tak pernah nak cegah. Dah jadi habit nafsu dan cinta tu..

Tapi, try! Give your best to yourself

Allah sentiasa beri yg terbaik buat kita. Allah beri dengan cinta bersama iman, tp kita membalas dengan cinta bercampur nafsu.

Cinta bersama iman tak mengharap balas. Cukup kesyukuran yg digambarkan oleh penerima, itu satu anugerah. Memberi dengan iman bukan perkara yg mudah, tapi memberi dengan iman itu yg mahal!

Kena bayar dengan kesakitan, luka yg mendalam…

Dan pada perhentian akhir, cinta itu datang dengan tulusnya..lalu membuka bicara buat hamba-hamba yg berjalan di atas muka bumi ini dengan iman itu. Iman yg dibayar dengan sengsara…

Buah cinta menjadi manis, dan pintu syurga terbuka seluasnya..kerana saat itu cinta dan iman telah sebati..insyaAllah C:

0 comments: