Assalamualaikum wbt
Mengambil kesempatan seketika tatkala mata masih belum mengantuk. Bunga-bunga mengantuk dah ada..hehe
Dah lama rasanya tak upload artikel baru. Busy dengan dunia macam ni lah..memanjang sibuk. Memanjang ada alasan. Astaghfirullah
Kerenah-kerenah manusia sekeliling kadang memeningkan kepala. Ada yg datang menceritakan masalah..ada yg datang sekadar suka-suka..ada yg datang meminta fatwa agar perkara yg dilakukan betul..dan macam-macam lagi. Rasa macam diri dah tak betul..adeii la nisah
Cuma tertarik pd satu perkongsian dr kawan. Dia bertanya, macam mana nak buang perasaan pd si dia yg disukai dan berhenti berhubung? Nadanya sedih. Air mukanya pun muram. Tiada seri seorang hafizah lagi… mungkin terlalu derita agaknya
Mengenai hati dan perasaan, jadinya remote control kita bateri kadang dah habis..kadang rosak..kadang kita tersalah kawal tersasar ke lain arah. Dan perkara tersebut berlaku hanya sekali sekala. Bukan selalu. Kalau berlaku selalu? Itu bermasalah pd orang yg mengawal, iaitu kita. Allah pemberi hati dan perasaan, pemilik yg Maha Kekal pd hati dan perasaan. Allah memberi ruang pd kita untuk menjaganya. Kita yg kurang pandai jaga..akhirnya remote control susah dah nak baiki.
Pelik. Kita tahu, tapi kita masih buat. Kenapa? Xpelik. Senang nk jawab, sebab kita gagal kawal nafsu. Sekali-sekala tersilap, itu biasa dalam membuat perubahan. Tetapi andai kata kita jatuh di lubang yg sama setiap kali melalui jalan yg sama, tanya balik pd hati. Adakah betul kita nak berubah..atau masih nak merasai keseronokan jadi perempuan murahan? Yg senang untuk dipengaruhi..senang untuk ditest, senang untuk ditabur janji..adakah sama level kita dengan kucing? Asal jumpa kucing jantan, on je.. boleh arr ni..at least ada orang nak kat aku..
Bukan ana baik sangat. Bukan ana tak pernah silap. Bukan ana tak pernah jatuh dalam lubang.
Sebab ana pernah sakit, pernah derita dgn sebab gagal mengawal nafsu..hidup ana hampir terkubur. Ikutkan nafsu. Hari-hari yg dilalui terasa tiada makna. Sedangkan Allah memberi macam nikmat, krn nafsu..ana jadi buta menilai. Apabila hancur, maka ana juga turut hancur…
Ana taknak antum ulang kesalahan yg ana pernah buat. Ana taknak antum tanggung derita yg pernah ana rasa. Cukup ana! Dan apabila melihat kawan..dengan mudah memberi kad touch n go pd lelaki2 yg hadir dalam hati dia, terfikir-fikir…adakah lubang yg dia jatuh berkali-kali tidak memberi sebarang goresan luka pd dirinya? Atau apa yg sebenarnya dia rasa.. atau dengan memberi izin memiliki kad touch n go itu kepada mana-mana lelaki berjaya membuat dia rasa kurang sakit pd lubang-lubang yg dia telah jatuh..benarkah begitu?? Masih dalam mood tertanya-tanya… mudahnya hati menerima dan membiarkan pergi..mudahnya untuk bertukar ganti..adakah itu nilai cinta buat suami kita suatu hari nanti? Bertukar ganti…naudzubillah
Suami adalah pinjaman dr Allah..agar kita dan dia lebih mencintai Allah. Fitrah manusia lemah. Perlukan pertolongan dan sokongan. Dan Allah Maha Pengasih mengurniakan pasangan..agar menyubur cinta pd Allah. Bukan menyubur cinta nafsu yg boleh bertukar!
“yaAllah, pelihara hati kami dr cinta dunia..cinta nafsu yg membinasakan hati-hati kami..amiin”
3/1/2012
12.23 a.m
0 comments:
Post a Comment