assalamualaikum wbt dan selamat bersua kembali. setelah lama ana bertafakur menelaah segala kelemahan diri, semakin hari semakin banyak kelemahan. mOga Allah mudahkan untuk perkra kebaikan kita. amiin. inshaAllah.
alhamdulillah. segala syukur dan rela ana serahkan pada Dia. kerana tamat tiga tahun memburu diploma tahfiz dan hadis. namun, terselit juga babak-babak sedih yg takkan ana lupa. Allah mengkabulkan doa ana tatkala ana hampir terlupa dengan doa itu. tatkala ana hampir putus asa. lalu Allah memaut tangan ini dan memimpin untuk meneruskan perjalanan. akan datang ana sangat yakin, Allah akan terus memegang tangan ini untuk terus berjalan. walaupun jalan sukar, Allah ada memegang.
sebelum keluar, ada juga yang menemui..bertanya tentang perihal jodoh. soalan yg tidak terjangka. dan kesemua soalan jodoh ini, jawapannya tetap sama walaumacamana disimpul sekalipun.
bukan hanya hidup, malah dalam perihal jodoh juga wajib ada prinsip!
apa prinsip kita. kita mahukan dia yg macamana. kita ingin sebuah bait muslim dicorakkan dgn apa. didikan anak-anak bagaimana. di saat masing-masing stress apa langkah perlu diambil. perihal kewangan dan sebagainya. apa prinsip kita?
semua boleh jawab. dan ana yakin kebanyakan jawapan pasti akan berlatarbelakangkan agama. ingin anak-anak menjadi alim ulama mcm imam syafie dan sebagainya. ingin suami dapat mengimami solat. ingin isteri berpurdah, taat. dan macam-macam lagi jawapan kita bakal temui. yg baik-baik semua.
adik-adik syg, shbt-shbt yg dikasihi,
jodoh perlu risau. namun risau pd diri sendiri lebih utama. adakah kita sudah meraih cinta Allah dlm segenap perbuatan kita...dgn cinta Allah, inshaAllah kita akan dpt org yg cinta Allah juga. bagaimana iman kita berjalan setiap hari? lemah atau lancar meluncur ke hadapan..
jodoh itu satu perkara yg pasti..namun hidayah Allah satu perkara yg sukar dicari..bagaimana kita risau ttg jodoh melebihi hidayah Allah..
mencintai, menyukai si dia tak salah..namun bersederhana itu lebih baik. Islam adalah agama pertengahan :))
Friday, March 16, 2012
kau tercipta untukku
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 12:17 AM
Labels: mawar mujahidah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment