“zat..izzat..oiii,” laung maisarah
dari koridor tingkat tiga. Izzatun yang sedang asyik menyidai pakaiannya
terjenguk-jenguk ke kiri dan kanan.
“oiii. Sini la,”
“astaghfirullah. Buat terkejut aku je.
Bukan ke suara kau tadi jauh? Tiba je ade kat sini,” Izzatun mengurut dada. Terkejut
dengan sergahan Maisarah.
“zat, petang ni dating jom,” nafas
maisarah tidak teratur. Mencungap. Pecutan menaiki tangga ke tingkat tiga
seperti berlari 400meter tanpa henti.
“iyolah,” izzatun mengangguk. Malas dia
bersoal-jawab dengan maisarah. Disuruh jadi peguam, lain pula bidang yang
diambil.
*****
“oo..mak terbalik,” latah maisarah. Namun
mulutnya masih sempat menghabiskan surah al-anfal yang masih berbaki dua ayat.
“sakit la kau cocok aku. Nak terkeluar
jantung aku ni. Haishh,” maisarah membebel. Izzatun hanya memandangnya dengan
lirikan mata. Maisarah memang banyak mulut.
“zat, terima kasih sudi dating. Hoho,”
tawanya berderai. Izzatun tersenyum. Al-Qur’an diletakkan perlahan-lahan di
atas meja. Maisarah melemparkan pandangannya ke arah tasik. Tiba-tiba sunyi.
“assignment ustaz khairi dah siap?”
soal Maisarah. Dahinya berkerut. Mulutnya muncung. Izzatun mengangguk.
“aku tinggal part yang last. Tu pun
rasa cam malas. Astaghfirullah. Syuh..syuh malas. Jangan kau dekat,” tawa
mereka berderai lagi. Sunyi jika tiada Maisarah yang kecoh ini. Bunyi tapak
kasutnya sahaja semua orang sudah tahu itu Maisarah.
“kau ok?” Izzatun bersuara. Setelah 15minit
dia mendiamkan diri.
“ok,” maisarah tersenyum lebar. Tetapi
matanya sudah mula bertakung. Izzatun tahu maisarah memendam rasa. Ramai orang
tahu maisarah seorang yang happy go lucky, tetapi lagi ramai yang tidak tahu
membaca jiwanya. Tawanya sering bergetar dengan tangisan hati. Dan itu izzatun
tahu.
“takpelah zat. Allah bagi aku
macam-macam, kenapa mesti aku sedih. Kena sabar,” maisarah memujuk dirinya. Dia
kembali senyum.
“eh, dah pukul 6.30. jom makan. Nanti makanan
habis, tak larat aku nak ke café. Melainkan aku kerja kat sana. Hehe,” izzatun
senyum. Maisarah senyum. Mereka jalan berpimpin tangan sambil ‘tebuk-menebuk’
hafalan masing-masing.
^^ to be continue
0 comments:
Post a Comment