Assalamualaikum,
masyaAllah rindunya ana nak menulis semula,tapi sayangnya takde apa-apa yg perlu ana nukilkn sangat. cuma ana nak kongsi kegembiraan dengan antum, ana lulus test jpj tadi.
berdebar dalam hati ni Allah saja yang tahu. rasa nak terkeluar jantung, tapi cepat-cepat pujuk hati yg jpj ni hanyalah hamba Allah.
bukan kerana jpj baru nak ingat Tuhan, tapi try antum letakkan Allah mengatasi segalanya. memang itu yg kita perlu buat tiap hari, tapi sedarkah kita kadang kita terlalu mengharap pada makhluk. contohnya, seorang kontraktor apply tender bernilai 2.1juta. tiap-tiap hari dia belanja orang yg luluskn tender(ana pun xtau spe). dia harap biarlah orang tu bagi dia tender jutaan ni. kan mengharap kepada makhluk..right?
dalam keadaan kita tak sedar..memang itu selalu kita harap. bila ada exam, harap cikgu tak nampak kesalahan kita. bukan mohon pada Allah agar lembutkan hati cikgu dengan jawapan kita. dalam sakit, harap ubat tu menyembuhkan. hakikatnya ubat tu hanya asbab, yg menyembuhkan adalah Allah. kita selalu cakap tiada Tuhan selain Allah, tiada kuasa yg lebih hebat selain Allah. tapi hakikat wa majaznya, adakah ia dipraktikkan?
Saidina Umar Al-Khatab semasa pemerintahannya berjaya meletakkan dunia didalam genggamannya. sehingga untuk membelikan baju baru untuk anaknya dia tiada wang dan tidak sanggup menggunakan duit baitul mal. sedangkan dia berkuasa untuk meminjam dan membayar kembali. apabila Saidina Umar hampir2 untuk meminjam, seorang hamba Allah berkata "wahai Umar, bagaimanakah jika engkau dipanggil Ilahi sebelum sempat membayar hutang mu ini?". lantas Saidina Umar menolak wang tersebut dan sanggup mengorbankan kehendaknya.
kalaulah keadaan itu terjadi pada kita, tepuk iman tanya taqwa...
wallahu'alam
*alhamdulillah dpt lesen P. moga iman ana dan antum semakin bertambah dan menjadi hamba yg sntiasa bersyukur dgn nikmatNya. amiin.
Thursday, March 19, 2009
dapat P
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 11:54 PM
Labels: muhasabah diri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment