BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 14, 2009

I'CARE(Irsyad Caliph Reincarnation)

assalamualaikum w.b.t
salam sayang, salam mahabbah buat semua

rindu rasanya nak menulis kembali, tetapi ana perlu awla apa yg awla..huhu

mulanya ana dah rancang jiddan utk outing ke midvalley. nak pergi mph, sekali ade program daa..kira dalam hati Allah je yg tau betapa berontoksnye ana untuk TAKNAK pergi I'CARE. semua yg terlibat I'CARE ana rasa menyampah. masyaAllah, teruknya rasa.

dan ana mengaku sejujur hati, sepanjang I'CARE ana tak ikhlas langsung. dan kebetulan ana tak berapa sihat. namun, pengisian demi pengisian ana ikut je. mula2, ana taktahu apa yang ana hadiri. convenction usrah atau pekebende..

namun, jauh di sudut hati ana..ana tetap mengharapkan I'CARE dpt memberi sesuatu kepada ana. walaupun hati ana bukan di dalam program ini. ana tetap mengharap.

bermula slot forum bersama presiden GAMIS, ana mula menghargai setiap detik di I'CARE. ada sesuatu yg telah membuka hati ana, bukan kerana berkaliber dan segak si presiden itu..tetapi kata2 yg meluncur dr bibirnya. ana betul2 teruja. ana paling suka bila dia berkata, dakwah ini bukan setakat menulis, bercakap kt depan, tegur2 orang atau sewaktu dengannya..dakwah yg lebih realiti adlh berhadapan dgn masyarakat sendiri. face to face with them. lebih kurang macam tu, nak record satu2 ana tak ingat. alhamdulillah, dapat satu BERLIAN.

selepas itu, ana makin teruja apabila saudara Kailani memberi khulasoh/muhasabah kpd kami semua sem IRSYAD. saat tu ana rasa nak terbit ayaq mata, tp ana terus meneliti satu persatu kata darinya. mungkin apa yg kita cakap tak sehebat diri kita, namun ana yakin dan percaya kata2nya telah menyihir kami. banin yg memang tak serius, ana melihat merek amula menunduk. ya, apa sumbangan kita pd ISLAM? kita hanya laungkan JIHAD, DAKWAH, TARBIAH, MAD'U, DA'IE dan sebagainya. namun apa usaha kita? apa???

kita senang lenang melihat Palestin di ceroboh. kita sempat bergelak tawa dalam menghafal Al-Qur'an. sedangkan dalam kalam Allah ini penuh peringatan2 buat kita. huffaz sekalian...bagaimana kita ingin mendidik masyarakat di luar sana yg menanti kita...sedang kita sama sahaja???

ana sedih dgn diri ana. ana sempat lg lalai dan lagho. senyum2. hub dunia. sempat lagi berbual-bual ttg perkara yg tak patut dgn kawan2. nak ajak orang kenal Allah, nak jadi baik bukan senang. tiap2 hari rasa nak nangis..nak keluar DQ. ana taktahan. tapi, kalau bukan kita siapa lagi? kalau bukan sekarang bila lagi?

ana harap..coretan JAHIL ni bisa membuka mata dan minda. kita nak jadi baik, keadaan membuatkan kita jd jahat. sbb tu Allah bg ganjaran besar pd siapa yg dapat mujahadah habis-habisan demi merenggut redho Allah. jangan laungkn mardhotillah kalau sikap kita seperti menghalau jauh Allah dr hidup kita!

maafkan atas kata2. doakan kami para huffaz agar dpt mengekspresikan Al-Qur'an melalui akhlaq dan jiwa kami. My life and death only for Allah...insyaAllah

0 comments: