BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 6, 2010

langgar pantang



assalamualaikum wbt. salam ramadhan kareem yg penuh barokah. ramadhan menyaksikn hamba2Nya benar2 menjadi hamba. berebut-rebut menagih rahmah, mahabbah, maghfirah Allah. bulan yg kadang terasa tipis untuk dinikmati akan datang, bulan yg merenggut kesenangan duniawi demi mencapai Allah dlm hati. antara dunia dan akhirat, pilih tujuan kita...

"ton, esok jadi ya?"

"pukul berapa ambik train?"


"ermm, sblm pukul lapan kita keluar..ambek train pukul 8,"

"ok, set!"



alhamdulillah walaupun kelewatan, sempat kejar train pukul 8. huhu. sian pck abdullah kena pecut :) ana teringat pesan mak, "xyahla gi masjid india. tempat org ramai, xelok sgt,". aduihh, ana nak ke midvalley beli barang. tapi kwn ana perlu ke masjid india nak beli kasut. firstime, langgar pantang. tapi ana inform pd mak. mintakmak doakan takda apa-apa yg berlaku. takut, suka, tak percaya, risau, best..semua ada time tu. tapi, redah je la. dalam takut2 pun, sempat lagi ana rembat jubah hitam. harga berpatutan jugaklah, rm80. manik penuh. "kau ni nisah, berlambak jubah hitam. tak jemu ke?" soal kawan ana bila dia bukak almari ana penuh jubah hitam. tak tahulah kenapa, ana memang suka jubah hitam. semua warna boleh masuk. kan? kan?

perjalanan yg adventure, tp mungkin kita dpt lihat yg kejahilan semakin berleluasa. di dq kita dimanjakan, dimanjakan dgn tarbiah yg mudah semuanya. semua boleh accept apa yg kita nasihatkan. semua nak jd baik, terbaik. semua pakat tangani mslh bersama. semua akan buat sama2. sama-sama berlapang dada. tutur kata

nasihat yg sarat dgn roh perjuangan tak lekang. hati terdidik dan dididik. tp bila berhadapan msyrakt luar? 360 darjah khdpn kita akan bertukar. takkan ada biah solehah, waqi' dq, bumi barokah
ana tertanya, siap sediakah diri kita utk bantu mereka? ya! kita harus bantu saudara kita di palestin, di negara2 islam lain..tp perhati, fikirkn juga msyrkt kita yg kian dimamah jahiliah yg sgt teruk. iman kita terpenjara setiap kali mlht realiti itu. tp selamanyakh iman harus dipenjara? bantu mereka kembali mncari Allah, bantu diri kita dgn kelengkapan diri utk bersama-sama mereka merebut cinta Allah..

1 comments:

pohon (^-^) rendang said...

erm, syukran igtkan nis.