BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 11, 2011

aku terima nikahnya

Assalamualaikum wbt dan salam hangat mentari buat hamba-hamba Allah sekalian alam. Bertebaranlah kamu bekerja dan berusaha untuk menggapai kemenangan di sana..insyaAllah

“nisah, ko ni kawen awallah,” usik sahabat ana. Waktu firstime kena usik, muka merah padam macam udang kena panggang. Tapi hari ni, buat dunno saja. Dah lali agaknya..huhu. tapi ana selalu tergelak bila diusik macam tu, bukan suka…tapi lawak sangat! Entah kenapa laa diorang ni, buang tebiat agaknya…

Ditaukidkan sekarang ana sedang menelaah aku terima nikahnya edisi istimewa. Gabungan 3. Nak tunggu orang bagi, lambat lagi gamoknye. Sekarang dah nak habis bercinta sampai ke syurga..huhu. Alhamdulillah, banyak perkara baru yang dapat teroka. Dunia perkahwinan tak seindah yang disangka. Banyak cabaran yang memerlukan gandingan suami isteri. Terutama bab anak! (waa, nisah pandai cakap bab anak dah) sebab ana pernah membesar sebagai seorang anak, jadi ana mengerti hati nurani anak yg dibesarkan dalam kekeliruan ibubapa.

Pergaduhan siang malam. Anak-anak dibesarkan dengan pertengkaran ibubapa yang tiada berkesudahan. Akhirnya anak itu membenci apabila ibubapanya berada dalam keadaan baik. Semuanya hipokrit belaka! Dan si anak buat perangai. Maka ibubapa tak habis salahkan anaknya yang ‘degil’ ‘tak dengar cakap’..sedangkan itu didikan siapa? Anak-anak tak pernah salah dalam meniru gaya kita…like that phrase J

Bait muslim yg dibina atas dasar dakwah dan fikrah yg sama sangat bagus, tp rumah tangga bukan sekadar medan dakwah. Ia juga medan pertempuran kasih sayang antara keduanya. Disini tiada soal siapa beri siapa terima…disini persoalannya sebanyak mana yg sudah diberi dan sejauh mana ia meresap kedalam jiwa. Kadang gerun melihat rakan sebaya rilek bertukar kaple, keluar dating, bertandang ke rumah lelaki dan sebagainya. yaAllah…
Ana sukakan ayat didalam novel mencari kekasih by zaharah Muhammad. Alhamdulillah, novel itu sangat dekat dgn ana. “aku tak inginkan kemesraan atau kata-kata manis darinya. Aku hanya inginkan sebuah lafaz ikatan yg suci yg dapat menghalalkan aku untuk berbuat begitu kepadanya” luahan hati zainab buat ahmad naim. Begitu jua sebahagian besar kami akhowat…kami tidak menginginkan kemesraan yg bisa mengundang bala dr Allah, hanya sebuah lafaz yang diserta dengan rasa bertanggungjawab setelah ia dilafaz. Bait muslim yg disinari mawaddah, mahabbah dan sakinah dr Allah…

Amat murahan rasa harga diri kami andai ikhwah memulakan dengan kemesraan yg tiada hala tujuan dan ikatan. Mungkinkah kami ini hanya sebagai tempat antum melepaskan nafsu sahaja…mencari seseorang untuk melepaskan nafsu antum tidaklah susah mana, tapi mencari seseorang yg setia bersama antum tatkala susah dan senang, itu yang sukar. Ibarat pertama dicelah kaca. Yg amat tipis perbezaannya. Kemilaunya lebih kurang sama. Cuma nilainya yg tak terhingga.

Permata atau kaca, ditentukan oleh kita sendiri. Bait muslim bukan sekadar si dia bisa mendegupkan jantung kita seperti taufan, tapi bait muslim terbina dengan gabungan individu muslim. Individu muslimkah kita sekarang???

Wallahu’alam
10/2/2011
Darul quran,jakim

1 comments:

Anonymous said...

salam...
nisah...
anti dh kawin ke???