BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 8, 2011

more than shawl


Assalamualaikum wbt dan salam sesegar nailofar yg indah tumbuh melata di bumi Allah ini. Moga hati dan iman lebih segar agar terdidik nafsu yg sering memilih kebatilan. YaAllah pimpinlah hati ini agar iman yg menguasainya, bukan nafsu yg sering kali aku tewas padanya…Allah

“enti kalau kat luar pakai tudung labuh ke?” soal seorang muslimin. masyaAllah, apa kena ni? Dahi ana berkerut memikirkan sama ada perlu atau tidak menjawab pertanyaan muslimin yg diluar jobskop sedia ada. Diikutkan syadia yg sedia ada, mesej akan dibalas begini “maaf ustaz, ini diluar nidang jobskop sedia ada”. Tp Alhamdulillah masih punya peri kemanusiaan untuk menjawab sebaiknya. Mungkin dr sudut ‘ikhtilat’ kita rasa muslimin tu tak perlu dilayan ataupun dia nak menggatal Tanya. Tp bagi yg berfikiran professional dengan muamalat, maka jawablah sekadarnya. Memilih untuk menempelak muslimin tersebut, adalah cara kita membuang fitrah.

“Alhamdulillah masih kekal. Cuma kalau ana ke luar Negara, ana memilih bidang 60. Agar saudara mara tidak terasa janggal untuk mendekati”
“kenapa tak kekal dengan tudung labuh?” aishhh, macam2 soalan yg timbul. Sahabat disisi setia menemani, dan setiap butir mesej dia akan baca. Agar tidak timbul fitnah atau perkara-perkara yg tidak sepatutnya berlaku.
Namun ana biarkan sahaja mesej tersebut tidak berbalas. Kenapa? Kerana jawapannya terlalu kompleks untuk ana terangkan kepada muslimin yg ana sendiri belum mengenalinya sangat.

Dan benak ana terfikir, apa salah untuk ana menyarung tudung bidang besar bagi menggantikan tudung labuh? Wajibkah mahasiswi yg belajar course agama memakai tudung labuh? Kenapa tudung lain seolah haram bagi kami sedangkan masih menepati tuntutan islam…aduhai
Bukankah kita harus melabuhkannya sehingga menutupi bahagian dada. Tidak jarang. Tidak nipis. Tidak membentuk. Warna/corak yg tidak menarik perhatian.

Islam tidak susah, jangan menyusahkan ajarannya. Ya, ana tahu tudung labuh adalah the best shawl..tp memakai tudung selain tudung labuh dan masih dalam lingkungan syariat tidaklah haram!

Bagi yg memilih istiqamah tudung labuh, syabas ana ucapkan. Moga thabat! Jauh lebih baik berbanding ana yg macam power rangers..bertukar..bertukar. ana hanya perempuan yg biasa-biasa. Menjalani kehidupan yg biasa-biasa.

Tudung labuh atau tak, lihatlah pada syariat yg digariskan. Dan yg paling dilihat hati itu. Banyak ana jumpa tudung labuh, tp bangun subuh pukul 7! Aduhai nasib..tp apapun, ana akui, tudung labuh adalah the best shawl..mungkin dr tudung itu dia membentuk peribadi solehah. Mana tahu..hidayah itu kn milik Allah. Bila-bila je boleh terjadi..macam Aladdin ;)
Wallahu’alam
7/2/2011
Darul quran,jakim

0 comments: