membicarakan tentang martabat solat, Hasan al-Banna pernah berkata:
"sudah tentu anda tahu, dalam Islam solat ibarat kepala kepada tubuh manusia. Solat adalah tiang, tunjang, rukun dan lambang Islam yang kekal abadi. Solat juga adalah penyeri hidup, penenang jiwa, penghibur hati, penghubung antara hamba dengan Tuhan, pelantar roh kekasih naik ke tingkat tertinggi menikmati belaian Ilahi dan bergembira di taman suci.
"solat menggabungkan kebahagiaan dua alam; alam ghaib dan alam nyata. Solat seolah-olah cahaya yang bersinar dalam jiwa yang menghayatinya. Solat akan terasa indah bagi sesiapa yang menikmatinya. Pernahkah anda lihat suasana yang lebih indah, lebih menarik dan lebih agung daripada suasana seseorang yang sedang khusyu' beribadat, rukuk dan sujud, berdoa pada tengah malam kerana takutkan akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya, pada saat semua mata sedang tidur dan tenang berada di pembaringan. Pada saat kekasih sedang berada di samping kekasihnya. Namun pada saat itu orang yang memahami akan berkata:
sia-sia bersengkang mata bukan kerana mencari keredaan-Mu. Malangnya jika mata ini menangis bukan kerana merindui-Mu.
"Saudara, seketika berada dalam suasana ini lebih baik untuk hati, lebih bermakna untuk jiwa dan lebih suci untuk roh, jika dibandingkan dengan seribu kali mendengar nasihat atau seribu kali melihat filem atau seribu kali kamu mendengar ceramah. Cubalah dan anda akan menrasai perbezaannya...
*ana rasa ia tak perlu kepada pengulasan daripada ana, kerana kata-kata Hasan al-Banna ini cukup untuk difahami dan dimengerti..jOm sOlat dgn khusyu'!
Saturday, February 28, 2009
martabat solat
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 3:52 PM
Labels: mawar mujahidah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment