BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 20, 2009

dia datang




assalamualaikum,


alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih di beri kesempatan utk menjalani kehidupan pd hari ini. program ana pagi ni, pergi ke kelas memandu! lemah seluruh badan..trauma kereta mati kat depan muslimin tempoh hari belum hilang. trauma!



by hook or by crook kena jugak! walaupun dalam hati Allah sj yg tau, ana try buat tak tau : ). masuk dalam kereta, lepas dah check semua, reverse kereta. alamak, kereta penuh bangat depan ana. peluh mula memercik di dahi.."anis, relax. xpe kereta semua ni..diorang tau," trainee ana memujuk. Alhamdulillah dengan bantuan dia lancar semuanya. namun ana masih lemah bab gear 1 and gear 2. huhu. bila nak masuk gear tekan clash, then tekan minyak. kena cekap main kaki,aduuh! hampir2 kereta nak mati kat selekoh tadi. Allahuakbar!



tapi, malam semalam ana bagai mimpi..limaaza?



antum pernah menonton rancangan Al-Hidayah? ana pernah bisik dalam hati, bestnye kalau dapat jumpe pengacara Al-Hidayah..then malam tadi dia datang!



bertentang mata dengan dia, rasa macam mimpi. depan ana waktu tu, k.nazrah. omg! YaAllah betul ke ni. tapi itulah realiti. waktu dapat panggilan dari mck Liza, wife kpd ust. Toha memberitahu ana tv3 akan datang buat rakaman..is was true or it was just my dream? dan ana tak expect yg akan ketemu sama k.nazrah



she looked georgeous



ana taktahu mau ngomong apa lagi, apatah lagi ibu ana juga sama terkejutnya. eh, terkeluar indon. apapun, ana tak puas menatap wajahnya. peribadinya mengagumkan, tutur katanya lemah-lembut..malah dia nisa' yg bijak. senyuman tidak lekang dari bibir manisnya walaupun jam menunjukkan hampir ke pkl 12tgh mlm. ana tahu dia keletihan. dia sempat berpesan, "sama2 kita berusaha mengembangkan dakwah dan menyebarkan Islam"..sambil tersenyum..sungguh ana tersentuh dgn 'semangat' itu
*moga pertemuan ini membuahkan ukhuwah kekal krn Allah selamanya..teruskan usaha dakwah!

0 comments: