assalamualaikum w.b.t
apa khabar semua? apa khabar iman di hati? masih segar atau kian layu :)
alhamdulillah Allah masih beri kesempatan pd hamba yg dho'if ini utk menukilkan satu ceritera di sini. maafkan ana tak dapat sertakan gambar2, krn cd blm lagi ana dpt.
sebaik sahaja ana jejak kn kaki ke bumi barokah darul quran, 2 mei 2009 tarikh yg takkan ana lupa. disambut oleh warga dq dgn penuh mesra, namun ana tahu yg ana akan di'rangging' slps ini.
satu pengumuman dibuat, semua pelajar2 diploma sem1 diminta berkumpul di perkarangan masjid. jantung ana berdetak kencang, ana tahu apa yg akan berlaku selepas ini. diberi taklimat tentang ORIENTASI.
HALUAN SISWA b'sm pensyarah :)
-masyaAllah pengalaman yg takkan boleh ana lupa. setiap masa kami dlm keadaan yg cemas. always tgk jam,lambat..denda! denda bukan kecik, banat duduk separuh dlm 5 minit. kedengaran 5 minit amatlah sikit, knp xbuat 10 minit? jawapannya, antum try buat! huhu.
banin dendanya lompat bintang. best lompat bintang. apabila riadah banat, memang takkan lepas peluang buat lompat bintang biarpun ana menghidap asthma :)
hari-hari yg ana lalui dalam haluan siswa, amat blur. ana tak terasa yg ana berada di dq. sering ana soal, betul ke duk kat dq ni? mandi cukup sehari sekali. aktiviti kami padat.
ana tak berapa ingat..namun yg paling ana ingat adalah "telefon rosak, sepuluh sen, si buta dan sebagainya". setiap permainan ada 'ibrah yg sangat tersembunyi dan terlalu berguna buat kami bakal huffaz dan hamlatul quran. syukur ilallah!
MAFATIH MAHABBAH b'sm perkemat!
-bermula dari perjalanan ke sana sampai saat ini, ana tak pernah lupa apa yang di alami di sana. tiap saat kami dalam keadaan tertekan. di marah oleh abang2 perkemat. kena jerit..sekejap jerit..sekejap tengking. masyaAllah, hebatnya ujian waktu itu. walaupun di rancang. kami punya barang amanah
1)sejadah
2)Al-Quran
3)tasbih
4)kacang hijau 7 biji
5)tasbih
kami juga di beri taklifat:
1)zikir 7 seratus kali
2)hafal 2 maqro'
...ada lagi, tak berapa ingat :)...maaf ya
kami sentiasa diatur dengan masa. semua dalam kiraan. ikut suka KD nak buat dalam kiraan berapa. kami akan ikut. pergerakan kami dalam larian, dari satu tempat ke satu tempat berlari! ana yang semput juga berlari..at last terjelapok jatuh,tak boleh nafas dah :).
itu semua pengalaman. untuk ana tulis secara detail satu persatu, ana rasa malam besok pun tak habis lagi. ana renung, kenapa KD beri tekanan begitu kpd kami?
membawa imej sebagai hamlatul quran bukan bisa kita jadi seperti orang biasa. membawa kalam Allah, menjadi rujukan masyarakat luar. masih sempatkah kita bertongkat tangan? melayan perasaan jiwang? sedangkan umat di luar sana amat dahagakan tarbiyyah dr kita semua. puak kuffar siang malam bersengkang mata menyusun strategi untuk menghancurkan islam. kita tak ada masa untuk semua itu. tanggungjawab melebihi masa yg ada. walaupun kadang ana sempat melayan perasaan, ana akui. dalam keadaan ana ingin membawa bendera islam, kekuatan dalam sangat ampuh.
hakikat dan realitinya, hanya di darul quran kita menjadi warak dan 'alim. keluar dq, semua berterabur tinggal di tengah jalan. naudzubillah. ana harap, ana terutamanya dan semua pelajar dq agar tetap berada di atas jalan yg kita pilih dengan rela hati. berpijak di dq, bermakna kita menyerahkan diri sepenuhnya untuk ditarbiyyah dan mentarbiyyah. kita punya tanggungjawab, punya matlamat. apa yang harus kita lakukan, apa yang kita nak buat kalau ini atau itu yg berlaku. ini juga khas utk ana.
*apapun, apa jua yg berlaku Allah tahu itu yg terbaik buat hambaNya-amin idris
Monday, July 6, 2009
haluan siswa VS mafatih mahabbah
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 3:59 PM
Labels: mawar mujahidah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment