assalamualaikum w.b.t
pantas mulut beristighfar. sebentar tadi baru menonton berita. seorang gadis ingin membunuh diri akibat cinta. wallahu'alam sama ada putus cinta atau apa-apa dengan cinta. ada apa dgn cinta? mari kita selongkar sejenak...
ana teringat, kerana ana cinta dan kasih pada arwah abang dulu ana juga ambil tindakan yg sama. ana ingin pergi bersamanya. namun Allah lebih sayangkan ana dan mahu ana hidup dan bernafas sbg hambaNya di muka bumi ini. sblm kita meneruskan dgn lbh lanjut, sama2 doakan agar gadis itu kuat dan tetap di atas jalan yg lurus..jalan yg Allah redha.
sayang! sayang seribu kali sayang...
sanggup gadaikan nyawa semata cinta manusia yg belum tentu berlandaskan syariat. sambil mendengar nasyid ar-ruhul jadid ana menulis. insyaAllah :). bukan ana tak pernah dilamun cinta, pernah! ana bukan wanita terlalu suci yg belum disentuh cinta lelaki..ana pernah lalui semua itu. dan ana harap perkara itu tidak berulang lagi. naudzubillah. cukuplah hanya sekali. cukuplah!
ana bayangkan, alangkah indahnya jika gadis tersebut ditarbiyyah. sungguh, dia akan jadi gadis sebaik perhiasan. dia akan jadi seorang da'eiah yg tidak kalah dek cinta palsu manusia. dia akan pertahankan prinsp suci walau apapun yg mendatang. itulah fitrah manusia, ditambah pula nisa'. kami kaum yg lemah. dalam kelemahan, Allah mengurniakan kami kekuatan. sayang, kekuatan itu kalah dek emosi yg sedang menggila. ana ngerti perasaan dia waktu itu. sbb ana pernah rasa seperti itu.
apa ada pd cinta manusia?
fitrah kita ingin dicintai. itu fitrah. namun apabila fitrah dilaksanakan bukan dalam lingkungan syariat ia menjadi fitnah. ana pernah lalui itu. cukuplah! terasa perit. ana harap perit itu kekal. ana sgt tersentuh dgn mesej tersebut, datangnya dr shbt ana..
"perempuan yg suci adlh perempuan yg di jaga oleh Allah. tidak sedikit pun Allah membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya..kerana Allah teramat mencintainya. tetapi andai kita bergelumag dgn cinta lelaki, di mana Allah utk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kta kpd seorang manusia yg lbh bykmengecewakan kita..
jika Allah dtgkn kesedaran dlm diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu ambil kita kembali utk dijagaNya. mengapa masih ragu2?
kekuatan usah ditunggu tapi harus di cari..hargailah di atas kesempatan yg Allah berikan..
sebesar-besar dosa adlh dosa yg dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya-Imam Ghazali"
baik muslimin mahupun muslimat, sama kita renungkan. kerana syariat, terpaksa dilukakan perasaan orang lain demi menggapai redho Allah. terpaksa kita kecewakan orang lain kerana syariat membataskan semua. usah sedih sekiranya terputus di tengah jalan, jika benar kita sayangkan seseorang krn Allah, krn agamanya..kita takkan takut kehilangannya. krn pengharapan kita adlh pd Rabbul 'izzati bkn pd seseorang itu. sbb kita tahu, Allah takkan takdirkan pd kita perkara yg buruk. Allah itu Maha Adil, Maha Menyayangi. rahsia Allah kita tak tahu.
biar putus di tengah jalan, asal itu yg Allah redho. usah ditanya perit atau sakit, krn jannah Allah itu sgt manis. jalan mujahadah bukan jalan yg mudah. kita takkan dihampar dgn permaidani merah, dihidang dgn mknn yg lazat. Allah cipta dunia utk manusia, namun Allah cipta manusia utk akhirat!
*semua ni juga utk ana terutama. masih merangkak dlm medan perjuangan..tidaklah sehebat antum.
Thursday, July 9, 2009
suicide..jalan terakhir?
Posted by hanisah yusra [BPDQ] at 10:43 PM
Labels: mawar mujahidah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment