BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 9, 2009

langit Ilahi..Allah tidak lupakan kita

assalamualaikum w.b.t,
meminjam kata2 dr saudara hilal asyraf..

tiba-tiba sahaja kata-kata itu bergema di hati tatkala ana mendongak ke langit

sungguh,
dq bumi barOkah. mOga Allah mengekalkan barOkahNya ke atas dq. tatkala ana diselubungi masalah hati, masalah dan masalah yg takkan pernah habis. lantaran dr mehnah itu ana menjadi semakin lemah, semakin tidak berdaya utk meneruskan. ingin dilepaskan saja semuanya.

dalam kegelapan malam, pulang dari cafe bersama fadhilah. terasa sesak di dada utk bernafas. dalam hati merintih, yaAllah hebat terasa ujian ini. tak sanggup aku teruskan lagi. biarlah orang kata ana mudah mengalah, mudah menyerah pd keadaan. lembik. emo. ana tak peduli. membelah kepekatan malam, terasa ingin terduduk di padang dq. ana tak larat lagi. wajah kedukaan tak dpt disembunyikan. shbt ana terdiam. sempat dia paut lengan ana agar tidak rebah di situ sahaja.

namun,
ada bisikan yg kuat meminta agar ana mendongak ke langit. manik-manik jernih mengalir pantas. ana tidak hirau keadaan sekeliling. subhanallah,walhamdulillah, wa la ilaha illallah, allhuakbar. apa lagi yg mampu ana ucapkn. terasa hina sehinanya diri ini. ana seolah sudah mengetepikan Dia, lalu Dia membisik..I'm here Hanisah! Don't be sad, I'm here for you dear!

dalam kegelapan dan kepekatan malam, kalimah Allah terang lagi jelas di langit. di sebelahnya ada bulan purnama menyinari. masyaAllah, kalimah itu sangat agung. besar terpampang di dada langit. sahabat ana turut teruja, isak kami kedengaran perlahan. syahdunya malam itu. teramat syahdu. perlahan-lahan terukir senyuman kami. yaAllah, sungguh Engkau berada sangat dekat dengan hambaMu. mengapa hamba yg bodoh ini tidak menyedari??

dgn bekalan kekuatan yg Allah berikan, langkah diteruskan. sedikit terubat rekahan jiwa ini. mehnah dan tribulasi menjadi satu ketenangan, bukan lagi kesakitan. andai jiwa benar2 yakin pdNya. kesakitan itu akan terus terhapus bila janji Allah diyakini. bila merasa sentuhan lembut drNya yg Maha Lemah Lembut. bila terasa itu adlh kaffarah dr dosa2 kita selama ini. ya Tuhan, tuntun kami tetap dalam lingkunganMu..tetapkan kami dalam perjuangan menegakkan kalimahMu di muka bumi ini. golongkan kami antara orang2 yg mengalunkan ayat suciMu bersama KekasihMu di akhirat kelak..amiin ya Rabb.

0 comments: