BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 23, 2010

hati yang terlena by hadijusoh

Tatkala kita lihat manusia miskin, kita jauhkan diri.Bila kita lihat orang yang hudoh rupa paras, kita singkirkan dia dari kita.Bila kita melihat peminta sedekah, dalam hati berkata “Nampak sihat je, napelah tak pi cari kerja”.

Pernahkah kita memilih teman yang paling miskin sebagai kawan karib kita dalam persahabatan?.Pernahkan kita memilih mereka yang berkulit hitam legam sebagai kawan yang sentiasa berdamping dengan kita?.

Inilah suara hati yang ada pada kebanyakan manusia.Kerana dunia yang terbayang di mata, maka hati terlena di ulit syaitan durjana.Ini tak mugkin disedari andai tidak dimuhasabah diri.Pesan Rasulullah pada ummatnya “
Hitunglah Diri Kamu Sebelum Kamu Dihitungkan.

Dari itu Ulama’ tasauf mengingatkan, hitunglah kesailapan-kesilpan sebelum kamu memejamkan mata, kerana boleh jadi kamu akan pejam untuk selama-lamanya.


Peribadi Rasulullah tiada tandingnya, baginda berdoa dengan doa yang mungkin hanya seorang dalam seribu manusia yang mengamalkannya,renungi petikan doanya, :


"Ya Allah hidupkanlah aku dalam keadaan miskin, matikanlah aku dalam keadaan miskin, dan bangkitkanlah aku bersama orang-orang miskin"
Riwayat Ibnu Majah

Indah luhurmu Rasululullah, moga kitalah pewarisnya.

blog penulis klik sini

0 comments: