BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, May 14, 2013

saya baru faham ep.10

alya mendiamkan diri. menelan biskut perlahan-lahan.
"apapun, kau kena tanya Allah" izaton bersuara
alya masih lagi mendiamkan diri. tidak tahu untuk berkata lebih lanjut. dia sendiri tidak pasti keadaan dirinya sekarang.
"alya, ginila. keadaan ini memang yang kau nak kan? jadi jangalah kau buat muka seposen demi kami. kalau kau mau dia, kau kejar dia. kalau kau nda mau, jangan kau kenang lagi. setakat ni jak la" aishah membuat kesimpulan
"aku nak kejar dia macam mana? takkan aku nak mengorat dia?" alya mengeluh
"kejar dia dengan kau kejar Allah"
dahi alya berkerut
"siapa cipta mangkuk tu? siapa pegang hati dia? dia ka?"
alya mengangguk tanda mengerti
"tapi aku tak boleh lupakan dia"
"alya, kau dengar sini. sekali jak aku akan cakap. keputusan kau buat!"
"iya, iya. aku dengar"
"di akhirat nanti ada dua jak, neraka atau syurga. dan pilihan hidup kau sekarang ada dua juga. lepaskan atau kekalkan. jadi, kau tentukan apa tindakan kau. kami hanya boleh doakan kau. bukan memberi keputusan takdir pada kau"
izaton sebak. alya memandang sahabatnya disebelah.
"a;ya, aku tahu ujian perasaan ni cukup hebat. cukup kuat. tapi, kau jangan jadikan ujian ni sebagai satu perkara yang menghalang kau dari berjaya"
alya terdiam. dia terharu mempunyai sahabat seperti mereka. sangat mengambil berat.
"kau doakan aku ya"
mereka mengangguk

0 comments: