BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, May 11, 2013

saya baru faham ep.9

dia menongkat dagu. merenung aliran tasik yang tenang. kenapa hati aku tak boleh macam ni?. dua bulan lagi dia bakal meninggalkan bumi tahfiz ini. bumi barokah. alunan ayat al-quran sentiasa meniti di bibir siswa siswi di sini. alya bakal merindui bi'ah ini. suasana yang sangat damai. walau rebah macamana, walau teruk dia dihina, dia masih terasa kekuatan mengalir dalam tiap derap langkahnya. dia tahu Allah sangat menyayanginya. mencintainya sepenuh hati. matanya panas. terasa ingin mengalir air matanya. bagaimana nasibnya diluar nanti. adakah dia kuat untuk berdiri tanpa kekuatan disini lagi? alya merenung nasibnya. adakah dia akan rebah lagi dalam soal hati. esakan kecil kedengaran. sendirian di hadapan tasik huffaz. tangannya kuat menggenggam bangku kayu. tertunduk sayu.

handphone alya berbunyi. tertera mesej dari izaton.
"kau buat apa?"
alya tersenyum. menyapu air mata. tangannya ligat membalas mesej sahabatnya.
"tengah menghirup udara. haha"
"kau tepi tasik eh? aku nak join boleh?"
"lai..lai. dipersilakan datin"

5minit kemudian, Izaton hadir bersama aisyah.
"kau nangis ka?"
aisyah menyoal. wajahnya serius seperti biasa. ditangannya terdapat sebalang biskut. izaton membawa botol air milo ais. 
"eh, ade bekalan laaa" alya bersuara riang
"haishh, jangan kau makan" aisyah menepis tangan alya. wajah alya muncung.
"minumla air ni. jangan gaduh bha dean rezki" mama mia sudah bersuara
"jangan kau minum air ni" alya merajuk
"hah! aku yang buat tuu" aisyah menjeling
"uitt, kamu dua orang jangan bising bha. aku tembak kang!" izaton bersuara

"alya, dah prepare esok?" ton bertanya
"insyaAllah"
"insyaAllah kau tu boleh pakai ka?" aisyah menyoal. alya tertawa. melihatkan aisyah yang seolah mahu bergaduh dengannya, dia rasa terhibur. tangan aisyah memeriksa handphone alya. dia membiarkannya. tiada apa yang penting didalam handphonenya. 
"weyy, mesej si farhan ada lagi?"
"haa? mana ada" wajah alya berubah
"hamboii, kate dah putus" izaton mengusik. alya buat-buat tak dengar.

"cha, ton..aku taktau nak cakap status aku apa dengan dia. senyap je takde apa-apa" alya membuka bicara
"kau tu yang bangang tak reti nak manage" sebijik dari aisyah
"uii cha, zalimnya kau"
"hah, biar kau tau perasaan orang"
"aku rasa la alya, farhan memang nak serius ngan kau. tapi bila kau buat dia macam tu, dia jadi down lah. so dia pergi jepun dengan hati yang terluka"
alya termenung. mungkin ada kebenaran kata-kata izaton.
"and satu lagi, bagi dia masa alya. he needs time. lelaki ni perlu masa untuk buat sesuatu perkara yang betul-betul serius" izaton menyambung
"sampai bila aku nak tunggu"
"kau tanya Allah"

0 comments: