BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, May 28, 2013

saya baru faham ep.11

 telefon bimbit berbunyi. jam di dinding menunjukkan pukul 2.30pagi. alya baru sahaja 30minit melelapkan mata. mengkhatamkan drama korea kegemarannya
"mangkuk mana yang call ni"alya merungut
"ton, kenapa?"
diam
"cha, kau ke? cha" suara alya meninggi
"assalamualaikum"
gurlpp. alya terdiam. matanya celik. eh, macam kenal suara ni.
"awak?"
"eh..eh..waalaikumussalam"
tegak alya bangun. menyandar di dinding. peluh dingin mula memercik. apehal call pagi buta ni.
"saya minta maaf"
diam
"sebab pergi tak bagitahu"
"study ok?"
"alhamdulillah"
"murajaah tak?"
"yg tu paling sedih, tak macam dulu. makin berkurang"
"laaa, kenapa macam tu. nanti Allah tarik nikmat ataupun sekarang ni awak tengah menghirup istidraj Allah"
"naudzubillah"
"haaa..so? jagalah hak Allah. baru Allah jaga kita"
"dah lama saya tak dengar orang nasihat saya camni"

alya terdiam. tangannya berpeluh. matanya berair. susah untuk dia berpura-pura. 
"awak..ok tak?"
air mata alya jatuh satu-persatu. suara ini yang pernah mencuri hatinya suatu ketika dahulu. dan kini, masih sama.
"awak?"
"ok"
"kenapa awak nangis?"
suara alya tersekat di kerongkong. dia tidak bisa mengeluarkan suaranya
"awak tunggu saya lagi?"
"kenapa awak tanya camtu?"
"sebab saya tunggu awak lagi"
lama alya mendiamkan diri,"awak, sejujurnya saya masih macam dulu. tak berubah. saya sakit bila awak pergi macam tu je. dan saya rasa down tahap gaban. tapi saya fikir balik, muhasabah, apa rasional saya perlu meratap. awak tetap teruskan study tanpa saya. saya sakit, awak sakit. dan selamanyakah kita hidup dalam perasaan macam ni?"
"awak, jodoh di tangan Allah. kita berusaha. natijah di tangan Allah. sekiranya awak rasa saya adalah jodoh awak, maka kita sama-sama berusaha membina diri sebagai individu muslim. walaupun bukan itu yang saya nak, tapi bukan itu yang Allah mahu. awak, kalau betul awak untuk saya, saya yakin lepas empat tahun awak kat sana, Allah akan pertemukan kita"
pantas tangan alya mematikan telefon. dia takut sekiranya dia akan berpatah kembali kepada farhan, dan seterusnya melakukan maksiat. maksiat hati. maksiat suara. maksiat tangan.
tersedu-sedan alya menahan ledakan tangisnya. dia sedih. sakit. terluka. tapi adakah itu yang Allah suka? 
wudhu' menenangkan alya. dia larut dalam sujud rakaat terakhir. dahinya melekap lama. tangisnya masih bersisa. segala sakit hanya diluah pada Allah. pemilik hati dia dan farhan.

T.A.M.A.T

0 comments: