BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 7, 2009

malu lah pulak

sedih gaban bila hari-hari bukak blog ni takde sape nak komen post "halaqoh?"..semua main call je lepas baca post tu.

"nisah,apa yang ko tulis kt post tu?maksud ko pandangan siapa?"..em,banyak lagi lah soalan-soalan yg ana perlu jawab. sampai rasa letih nak angkat phone..huhu. suruh komen, malu pulak. korang niee,malu-malu kerbau pulak

antara Allah dan manusia, yg mana satu kita pilih?

haa,ni baru jelas soalan.

dalam kita melakukan ibadah seharian, kita selalu terfikir tentang siapa? "eh, kalau aku pakai camni..kang semah cakap apa pulak kat aku","eh, baju ni terang sangat kaler kang orang cakap malampau pulak","ish,aku pegi pub ni kang kalau jiran nampak jatuh maruah 'alim aku","ambik duit ni, harap-harap mak ngan ayah tak perasan","alah, aku curi sikit je..bukan ade orang nampak"...dan macam-macam lagi!

SO

kalau selalu duk fikir manusia ni cakap itu, manusia ni cakap ini..boleh jadi penuh jugak tanjung rambutan. kenapa ya kita selalu fikirkan pandangan manusia? adakah kerana manusia itu nyata dan kita nampak depan mata?

adakah kerana Allah itu Maha Ghaib, dan kita tidak nampak Dia secara mata kasar...ask your iman!

Allah itu Maha Ghaib tetapi Maha Nyata..bukankah penglihatanNya dan juga pendengaranNya amat tajam? ayat-ayat cintaNya sduah cukup memberi gambaran jelas pada kita yang mana apabila dibangkitkan kelak, semua itu pasti dipertontonkan. sesungguhnya Allah Maha Halus dan Maha Teliti.

saudaraku sekalian...
tidakkah kita terasa seolah Allah berbicara dengan kita tatkala kita membaca kalam cintaNya...tidakkah kita terasa berteman saat kita keseorangan...terasakah oleh kita kasih Allah yang tiada tandingnya

kita berbuat mungkar, Dia ampunkan. sedangkan manusia? belum tentu! saat kita terkontang-kanting dalam mencari arah hidup, Dia pimpin kita menuju jalan yg benar. tak pernah sekalipun Dia mengecewakn harapan kita padaNya. Dia hapuskan air mata kita tanpa sedar, Dia memujuk kita dgn cara amat halus sekali. Dia menghindarkan segala bencana dgn doa kudus kita pdNya. sungguh, janji Allah itu Maha Benar. sesiapa yg memohon pdNya, nescaya akn ditunaikan. tidak didunia, ia tersimpan di akhirat.

adakah nikmat rasa bertuhan apabila kita dalam kesusahan sahaja? naudzubillah! Allah tidak pernah lupa kita, menunggu doa cinta kita padaNya..masyaAllah hebatnya bila kita disayangi Tuhan

tapi kita..selalu memikirkan makhlukNya. betulkan?

yaa ayyuhal muzzammil. qumillaila illa qoliila................buangkan 'selimut' yg membalut, ayuh sujud pd Allah. bina kekuatan di sepertiga malam,itulah waktu yg terhebat dan terdekat kita dgnNya. kita mahu kn tergolong dlm muqorrobiin,insyaAllah






*masihkah kita mahu memikirkan dan mengharap pada makhluk lagi? utk ana terutama!

0 comments: