BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, April 13, 2013

saya baru faham ep.8

''awak, status kita apa?'' alya menyoal

''awak rasa?'' farhan pula menyoal

''tanya kita pulak, you are man k''

masing-masing mendiamkan diri. berfikir sebelum memulakan bicara. bimbang jika salah bicara, rajuk antara mereka akan memakan diri sendiri

''dari hati awak, nak macam mana?'' akhirnya farhan bertanya

''tak taulah. saya pun tak berani nak cakap apa-apa''

''just say it''

''entahla awak. saya perempuan. nak cakap lebih, gedik. tak cakap, kena pijak pulak''

''ishh, jangan berfikiran macam tu. woman nowadays mesti berani''

alya mendiamkan diri. wajahnya suram. dia sendiri tidak tahu mahu berkata apa lagi. 

''macam ni lah awak, sebagai perempuan ofcourse saya suka yang serius. bukan main-main. i'm not toys untuk dimainkan. tapi apa daya saya, saya perempuan. lelaki senang datang dalam hidup wanita, bagi harapan and leave macam tu je''

''panjang jawapan awak''

''it's not time to kidding farhan. i'm serious. awak jugak yang serious tadi''

''kalau saya cakap saya serius?'' 

alya terdiam.menelan liur. farhan serius ke?

''awak serius ke?'' alya pula menyoal

''kalau saya serius, are you for serious too?''

''insyaAllah'' jawapan alya lemah

"je?" farhan tidak puas hati

"awak nak saya jawab apa lagi"

"i think you are not serious. macam sia-sia je saya berusaha selama ni" nada farhan berubah. alya serba salah

"it's not like that farhan. saya tak sure whether saya boleh bagi komitmen untuk perkara ni atau tak. awak akan ke jepun 4tahun. insyaAllah saya boleh tunggu, tapi saya takut after all we are separate. saya takut bila saya kecewa, saya takkan bangun lagi. kita rancang, tapi kalau Allah tak izin?"

farhan terdiam. alya sebak. memikirkan tentang hubungan mereka. macam mana kalau kedua orang tua mereka tidak setuju? setelah hati mereka berjanji untuk setia, akhirnya terpisah kerana Allah menjodohkan mereka dengan yang lain. persoalan demi persoalan menyesakkan dada alya. akhirnya dia menangis. 

"if that, kita setakat ni je?" farhan menyoal meminta kepastian. dia juga berat. namun farhan harus pastikan sejauh mana hubungan mereka sebelum berangkat. itu penting bagi dirinya.

"awak?" farhan memanggil

"aaa..ermm" suara alya tersekat. serak.

"awak nangis?"

"no, i;m not. saya ok"

"awak ok?"

"aaa..ok. jangan risau. ok je"

"kenapa awak nangis..awak, ikut saya pergi jepun jom" suara farhan juga serak. cuba mengawal perasaan. walaupun matanya sudah berair. farhan mengakui kebenaran kata-kata alya. dia dan alya tiada kuasa, melainkan berserah pada Allah. perit untuk dia menerima, dan dia harus menerima. 

"awak, saya letak dulu. kita sambung next time ya. assalamualaikum"

tangisan alya makin menjadi-jadi. esakannya dikawal. dia tidak mahu rakan sebiliknya terjaga dari tidur. alya menangis sepuasnya. farhan juga begitu. gugur juga air mata lelakinya. mungkin tidak sebanyak alya, namun cukup menunjukkan yang dia juga sakit. 




*sorry. terupload episod8 terus, sepatutnya episod7 dulu. nanti saya upload ep.7 ya. so sorry. cholmal mianhae :(

0 comments: