BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 5, 2013

saya baru faham ep.4

''alya, kat mcd ada burger samurai laa. try nak?''

''macam tak reti boikot je kau ni. nama je hafizah'' sebijik izzah terkena.

''aduuh, mendalamnya'' alya mempamerkan riak selamba. memang dia dan izzah bergurau secara kasar. hanya orang yang benar-benar faham sahaja yang akan kekal berkawan dengan mereka. lagu shae kedengaran. tertera nama aishah di skrin telefon izzah.

''kirim salam kat dia'' izzah mengangguk. alya berjalan disekitar kedai kasut. meninjau-ninjau kasut yang terbaik dari ladang, namun tiada satu yang berkenan di matanya. setelah beratur panjang untuk membeli cool blog, alya mengambil tempat sementara menunggu izzah berbual dengan aishah. hal penting katanya. mata alya terpana pada papan iklan airasia. rm249 return to Osaka. Jepun?

alya mengalihkan pandangan. terus dia bangun dan menuju ke kedai buku. membelek buku yang terbaru. setelah memilih dua buah buku, alya ke kaunter untuk membayar.

''weh, mana kau pegi? penat aku carik'' izzah merungut

''heee, sorry la. aku lupa nak kasi tau. dah habis cakap? aishah ok tak?'' tanya alya

''ok je. dia stress tu. kau pun nampak bermuram durja je'' tegur izzah

''cub akau tengok papan iklan tu'' sambil menghulur cool blog kepada izzah

''so?'' 

''izzah, kita balik jom. aku rasa aku tak boleh nak stand dah. pleasee'' tiba-tiba alya membuat permintaan yang jujur. pertama kali izzah melihat alya jujur dengan hatinya. mata alya bertakung. dan akhirnya melimpah. 

''give me time. aku tak boleh drive sekarang. sorry'' esakan alya kedengaran. rasa yang dia pendam terhambur juga hari ini. genap sebulan farhan di Jepun, khabar berita langsung tidak diterima. farhan benar-benar merajuk dengannya? alya juga tidak punya kekuatan untuk bertanya pada farhan

''aku perempuan zah. takkan aku yang terhegeh-hegeh nak tanya dia itu ini'' alya bersuara

''tapi tak salah alya. untuk diri kau jugak'' izzah menasihati

''aku yang kau kenal macam mana?'' kini giliran izzah terdiam. dia kenal alya macam mana. 

''take your time. istighfar. ingat Allah k'' hanya itu yang mampu izzah tuturkan. esakan alya masih belum berkurangan. sakit yang dia tanggung terhambur. alya, kuatlah!

0 comments: