BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 25, 2008

cinta, tegarkan hatiku!



Assalamualaikum,
Apa khabar semua? Harap semua berada dalam rahmat dan lindungan-Nya. Sudah lama saya ingin berkongsi coretan disini, tetapi kerana kesuntukan masa dan tanggungjawab sebagai pelajar membuatkan saya terpaksa korbankan. Alhamdulillah, syukur pd Dia kerana memberi kekangan masa kepada saya untuk berkongsi anda semua.


Kadang-kadang saya tersenyum sendirian mebaca kisah cinta yg takkesampaian, saya pun macam mereka juga. Agak obsess terhadap cinta. Tapi itu dulu,InsyaAllah sekarang harap tak lagi.


Biasanya cinta di peringkat sekolah, tak sejati. Tak banyak yang kekal,banyak yang main-main. Namun saya tepis tanggapan itu dan akhirnya saya jatuh hati pada seseorang. Dari dulu saya dikenali sebagai girl yang tak berkaple,pendek kata kalau saya berkaple memang terkejut besarlah kawan-kawan saya. Tapi fitrah manusia,saya pulak perempuan. Dipendekkan cerita, saya berkenan pada seorang lelaki itu. Bagi saya, asas pegangan agama dia yang buat saya suka. Nasihat-nasihat yang dia berikan amat bermakna buat saya. Saya pegang betul-betul dan sematkan dalam hati. Setiap hari saya bersemangat meneruskan hidup yang baru,ingin menempa kejayaan sama seperti dia.

Awal perkenalan saya amat bahagia, namun disaat akhir kami terpisah begitu sahaja. Kami tak pernah declare,dan kami hanya kawan. Tak lebih. Tapi jauh disudut hati saya mengagumi dia. Akhirnya, dia akan menyambung pengajian ke pusat pengajian tinggi. Kami tak boleh berhubung seperti biasa,kerana dia akan sibuk disana nanti. Saya faham dan pasrah dengan apa yang berlaku. Tetapi ada satu ceritera terselit yang membuatkan saya betul-betul merana kerana dia. Tak payahlah saya tulis disini,let bygones be bygones. Sejak haritu,saya tersiksa. Merana,amat-amat merana. Setiap hari air mata saya pasti gugur disebabkan dia. Lagu-lagu yang jiwang sikit pun tak boleh dengar,mesti saya menangis. Pelajaran saya down,turun merudum sebab saya rasa sakit oleh semua ini. Tahun itu tahun yang paling perit untuk saya berdiri. Rasa tak sanggup nak berdiri,tetapi kenangkan mak dan ayah,saya tetap gagahkan. Hati saya hancur,remuk. Saya tawar hati dengan lelaki. Walaupun dia dah ada orang lain,saya tetap setia meletakkan dia di hati. Dia lelaki pertama yang berjaya menghuni hati saya. susah untuk saya biarkan kaum adam berada di hati,tetapi dia berjaya. Saya kalah! Kalah dengan emosi sendiri. Kalah dengan percaturan cinta yang langsung takda makna.

Bila tahun baru bermula, saya nekad. Tak mahu pandang ke belakang,mahu memulakan hidup baru. Buka buku baru,yang lepas tak perlu ditoleh. Azam baru,tekad baru bersama. Saya tak mahu mencari cinta lagi. Cukuplah yang lepas amat menyakitkan. Saya rela menanti asalkan tidak buat saya rebah kali kedua. Tetapi saya terlibat lagi buat kali kedua, yang kali ini banyak menyedarkan saya. Banyak mengajar saya hakikat sebenar. Kami bukan bercinta, tetapi berkawan. Sama juga seperti kisah pertama, saya kagum dengan dia. Prinsip yang dia jaga, sifat dia dan yang paling penting agamanya. Itu yang membuatkan saya agak senang dengan dia. Mak saya turut senang saya berkawan dengan dia. Sehingga di akhir persahabatan kami pun dia masih berhemah dalam berkata-kata. Dia buat semua ini untuk kebaikan saya, saya masih belajar. Perlu tumpu pada pelajaran demi masa depan. Saya terima apa yang dia cakap, dia tak pernah menyakitkan hati saya. Tetapi kami perlu noktahkan segera agar tidak terlajak jauh. Kami kawan, bukan kaple. Jadi keputusan ini adalah untuk kebaikan bersama, dan kami tidak pernah bermusuh. Masih ok sampai sekarang.

Apa yang kita boleh lihat, kisah 1 dan 2 berbeda. Kisah pertama membuatkan saya betul-betul jadi hamba cinta. Bila saya ingat balik, Ya Allah bodohnya aku jadi begitu. Obses terhadap cinta. Membazirkan sisa hidup begini, andai kata Allah menjemput saya diwaktu itu..naudzubillah, tak dapat saya bayangkan. Betul-betul saya jauh dari Dia. Saya dibelenggu sedih yang amat sangat. Tak terkata. Tetapi daripada kisah kedua, walaupun sedikit sebanyak memberi kesan kepada saya, tetapi saya lebih pasrah. Terima dengan hati yang agak terbuka walaupun susah. Dia sempurna bagi saya, walaupun ada kekurangan tetapi itu perkara biasa. Saya terima yang kedua ini tanpa syarat dan biarlah dia pergi tanpa sekat. Banyak yang saya belajar dari dia. Setiap bait kata dia mempunyai pengajaran. Air mata saya gugur kerana saya fikir saya takkan dapat sebaik dia selepas ini, tetapi itulah qadar Dia. Kita harus terima. Saya kena terima.

Saya decide taknak guna handphone kerana taknak jadi orang bodoh menunggu mesej dari dia setiap hari. Terasa bodoh tetapi saya tetap lakukan. Mujurlah saya ada kawan-kawan yang support saya. Saya tak berapa kecewa dengan yang kedua..saya boleh terima. Putri, kadang-kadang Allah mendatangkan kepada kita berbgai-bagai ragam manusia untuk diuji. Datang yang sempurna dimata kita, hati meyatakan dialah jodoh kita. Siang malam berdoa agar dia adalah jodohku, tetapi mana tahu bukan itu yang terbaik. Rahsia Allah kita tak tahu. Ini semua rahsia Dia, kita tak tahu. Tak semestinya orang yang kita suka adalah jodoh kita. Memang dia baik, sempurna tetapi mana tahu dia tak boleh membahagiakan kita esok hari. Positiflah dalam berfikir. Jangan menjadikan cinta sebagai tajuk utama dalam hidup. Kecewa memanglah..namun renungkanlah kembali asal kejadian kita. Allah sendiri sudah memberitahu didalam Al-Qur’an tujuan manusia dan jin dijadikan. Bukan untuk mencari cinta, tetapi beribadah pada Dia.

Pembaca sekalian, yakinlah pada Tuhan sekalian alam. Dia takkan mengkhianati kita..malah dia berikan yang terbaik buat hamba Dia. Dunia semakin tua, bermakna hidup kita tak panjang lagi. Mardhotillah yang dicari sepatutnya, bukan percintaan menjadi fokus utama. Mengapa perlu menyeksa diri, menagih cinta yang tidak tahu tulus atau tidak sedangkan kita tahu cinta Alah lebih baik dari segalanya. Sekalian umat Islam dan anda semua, jalan bahagia itu hanya satu. Iaitu jalan menuju Ilahi, semakin jauh kita lari dari Dia semakin kusut dan serabut hidup. Oleh itu, kembalilah pada Dia...Allah menanti dengan kasih dan sayang lebih dari orang yang kita sayang. Tidakkah rasa bangga?

Petikan dari majalah Anis keluaran Mei, ”apabila hati ditadbir oleh akal berlandaskan iman, berbudilah dulu pada mereka yang sepatutnya. Keluarga, terutama ibu dan ayah merupakan golongan yang pastinya memerlukan perhatian dan toleransi daripada kita sebagai anak. Mereka tidak pernah menyebut, tapi kita akan memahami jika kita benar-benar anak mereka. Hati yang suci dan murni tidak berkira untuk berbudi. Tidak kira untuk siapa, hanya matlamat budi yang utama.

Ketika itu, cinta yang berputik tiada lagi menjadi keraguan. Kerana persediaan yang rapi menjadikan kita cukup matang untuk menghadapi sebarang situasi. Hubungan direstui, diredhai dan diberkati. Itulah yang kita cari. Kita tidak mencari cinta yang buta tapi kita mencari hati yang suci.”

*jangan hanya mencari percintaan...salam mujahid memburu syahid


*sebenarnya tulisan ini ada keluar dlm mingguan malaysia,tp dah lama berlalu. cuma ana ingin kongsikan disini, jgn mudah percaya pada kata2 dn wajah seseorang. jatuh cintalah pd pegangan agamanya. krn yg diukur dn dilihat di mata Allah adalah taqwa seseorang. ramai kawan ana kaple. dn berkahir tgh jalan, telefon nangis2..ana tak tahan dgr semua tu. kadang2 ana soal, tak nampakkah yg dia hanya mempermainkan kta. sbb ana dah pernah kena ana ckp. esk luse ana tak tahu. wallahu'alam. walau apapun, jgn mengalah saat hati kecewa..sbb Allah nk kta lihat dn renung knp dia tarik cinta itu..Dia nk kta sedaryg Dia jauh lbh syg kta. terrrlalu syg. jgn fikir ana tak terjebak..ana pernah terjebak. dn bangkitlah kembali mencari cinta Allah, bukan senang. menuntut sejuta pengorbanan jiwa dn raga. bacalah kisah2 anbiya' dn sohabiah..bagaimana mereka 'abdikan diri pd Allah. ada yg pengsan dgn mndgr azan, ada yg menangis hgga tak nampak memikirkn nasib di mahsyar, ada yg terketar-ketar mendengar ayat azab..tapi kita?

apapun,ingatlah Allah sentiasa nampak, dengar dn tahu apa yg kita buat. kita lalai dgn dunia, Allah sedih. bak kata kwn ana, "tega-tega kamu,". ya! tega saja kita. ana pun sama,masih lemah dlm hidup ini. dgn itu, whatever you do..put trust into Allah,think Allah first..

wallahu'alam

2 comments:

ash of wrath said...

hehe.
tersentuh bace
btol lah
syukran alaik ats nasihat yg begune
smg Allah merahmati awk

hanisah yusra [BPDQ] said...

huhu..sy blaja dr pengalaman yg menyakitkn.harap awk taklah "sakit" spt sy asiah:)
nway, jga diri elok2 kt sn.jga diri,iman dn amal