BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 12, 2008

hikmah seorang ibu


ana ingat lagi sewaktu hari raya aidilfitri 2007, kesemua abang-abang pulang ke kampung, Melaka. justeru itu, kesemua 6 anak saudara ana pulang. bukan nak dikatakan meriah, macam nak runtuh rumah atuk kat kampung tu. dengan abang-abang ana lagi. mereka masih menganggap ana seperti budak kecil, terima sajalah :). terutama abang ana yang berada di Johor.


kebiasaannya siapa yang muda perlu berkhidmat pada yng lebih tua. ana juga lah yang perlu berkhidmat untuk anak-anak buah ana yang comel dan nakal. my hero a.k.a daniel, dia yang jadi hero. daniel ni suka pada perkara yang cantik2 sj. maklumlah, jiwa lelaki tetap ada.


melayan kerenah anak-anak saudara semestinya memenatkan. mana tidaknya, belum habis nak layan yang sorang, yang sorang lagi dah menangis..merajuk. kadang-kala buat ana lelah terkejar sana-sini. kadang-kala menguji kesabaran, tetapi tatkala memandang wajah innocent mereka ana jadi tersenyum. dalam letih ada juga kemanisan yg Allah beri melalui senyuman mereka.


mereka pandai mengambil hati. bila lihat ana letih terduduk, datanglah si hero dan yang lain2 gembirakan hati ini. macam2 yang diorang buat. selalunya mereka meminta ana mengajar A,B,C...dan keluarlah segala perkara yang membuat ana lapang dada. subhanallah, Allah meringankan beban di dada dengan keletah mereka.


waktu makan, ada saja yang datang nak makan sekali. nak suaplah, dan macam2. kadang-kala mood kita terganggu, tetapi merenung wajah itu hilang rasa serabut. nak marah pun, rasa tak jadi. kadang2 terlepas jugak,hehe.



HAKIKAT WA MAJAZNYA:

ana belajar erti sabar dan ikhlas dalam melayani karenah mereka. juga terasa naluri seorang ibu tatkala melayan setiap patah kata yang keluar dari mulut mereka. walaupun belum bergelar ibu, tetapi fitrah itu tetap ada!


maksud ana, disini ana belajar betapa kita harus bersabar melayan mereka. ya! kerenah mereka bermacam-macam. ada yang nak ini, ada yang diminta buat itu. kadang-kala tak terjangkau dek fikiran kita dengan soalan-soalan dari mulut mereka. otak mereka sentiasa berfikir. dan kita perlu menunjukkan qudwah terbaik. walaupun bukan ibubapa mereka, namun kita juga dianggap role model.

ana berkata pada diri, "macam manalah anak2 aku esok, letih nak melayan ni,". tapi dari situ ana belajar bersabar. semestinya seorang ibu harus melayan kerenah anak2 dengan penuh berhikmah dan sabar. apabila menjadi ibu, sabar semulajadi ada. sanggupkah seorang ibu mencederakan anaknya? hanya yg tidak waras sahaja yg lakukan begitu.

konklusinya, apabila menjadi ibu kita akan lebih memahami dan belajar erti sabar. dan juga bagaimana melayan setiap ucapan mereka. tersilap,mereka ingat. apa yg kita ajar,mereka juga ingat. jadi, perlu untuk kita menggunakan 'akal sebaiknya untuk menjawab soalan mereka dgn baik. wallahu'alam

wassalam

5 comments:

MaNuSiA_RuMiT said...

hak3..
memang bukan senang nak jadi seorang ibu...

hanisah yusra [BPDQ] said...

mmg pn..itu br lyn kerenah,bukan nk kna mandikn n etc. tp pengalamn yg amat manis

Faizal@poyan said...

assalamualaikum...

pagi td saya terbaca tulisan awak di dalam mingguan agak menarik dan kekadang membawa rasa hiba di dalam diri saya,

apa apa pun tahniah dan terima kasih atas tulisan anda...

selam perkenalan dari saya...

hanisah yusra [BPDQ] said...

syukrn faizal..
alhmdulillah,ni semua kuasa Allah
iman kta trun naik
bykkn doa,pnjtkn doa.always think Allah,wateva u do Allah 1st..utk sy jgak

fauzi said...

assalamualaikum..
Terima Kasih n Tahniah atas tulisan saudari (mingguan malaysia)dlm merungkai keluasan erti CINTA dan PERHUBUNGAN.Tugas berat yg patut dipikul dlm mengubah persepsi CINTA tu sendiri.

Saudari dikurniakan kekuatan..Teruskan perjuangan demi menyelamatkan saudara seagama kita skrg ni yg semakin hanyut.InsyaALLAH,DIA akan bantu hamba yg berada atas jalanNYA