BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, January 27, 2009

sebuah pertemuan

hari ini satu pertemuan yg dinanti berlaku. sekian lama lantaran dari pertemuan pertama kami, ana menanggung rindu yg amat sangat krn Allah. ana merindui dia kerana Allah menggerakkan hati ana memakai jilbab yg lebih baik melaluinya. dulu, ana melihat orang memakai tudung labuh..biasa saja. mereka lebih memahami dan praktik agama. itu yg ana fikir. bila ana melihat dia memakai jilbab yg lebih sopan, "indahnya" terpacul dari mulut ana. setiap patah kata dia, menusuk tangkai hati ana. pertemuan pertama meninggalkan kesan yg amat dalam.

setelah berbulan kami berhubung melalui mesej, ana mula kembali kpd yg lama. batin ana menjerit kejijikan dgn malabis yg ana pakai. terutama ketika travel!

tiba2 dia mengajak ana ke satu tempat, menemaninya. hati melonjak riang tak terkata. berjumpa jantung hati. jilbab ana tak sempurna. sungguh menjijikkan! namun dia masih tersenyum dgn malabis ana. kami berjalan sambil berkongsi kisah. cerita ceriti ana masalah tak habis tentang satu kaum tu. dia mendengar sambil tersenyum

ana bertanya kisahnya pula. saat dia memulakan cerita ceriti, iman ana disentuh! kata2 yg dia lontarkan 85% benar-benar dari hatinya yg suci. ketahuilah dia, ana ingin menangis tatkala itu. iman ana merana..iman ana melontarkn amarah pd diri sendiri. ana tahan, namun hati ana dilanda bah lebih dari tsunami. ana diam, dan diam. senyum ana hadiahkan pd dia. ana berani mengatakn yg hatinya bersih dr muslimin. hatinya sgt sensitif apabila hal berkait dgn kesucian hatinya digoncang. dia benar2 mawar berduri yg amat mahal. pesan dia, "nisah, sekarang nisah boleh buat perancangan nk pilih course apa dan kerjaya apa. agar biar ke mana pun kita tercampak, kerja dakwah dan islam tetap berjalan," dia tersenyum lagi.

kisah dia, ana tak tahu nak manipulate macam mana. kerana antum perlu faham dan dengar, namun biarlah ia menjadi rahsia pertemuan kami yg amat istimewa. perpisahan bakal berlaku, jiwa ana makin merintih. yaAllah,janganlah pisahkan kami. aku masih perlukan dia untuk tarbiyyah aku.

saat2 akhir, ana tak ingin melepaskan dia. ketahuilah k.ejah, hati nisah merana tatkala mahu terpisah tadi. biarlah orang cakap nisah emo, tapi nisah tau apa yg nisah dambakan saat itu. salam dihulur, tangan dikucup. kami berpelukan. ana tak ingin lepaskan, kerana ana tahu kami takkan jumpa dalam waktu yg lama.

dia tersenyum, menyapu air mata yg tak bisa henti lagi. tangis ana makin menjadi pabila dia melangkah pergi dan kereta ana meluncur pulang. kata2 masyaAllah k.ejah tadi..betul2 membuatkan ana kecewa dgn diri sendiri. ana malu pd Allah, malu pd k.ejah. terngiang-ngiang terkejutnya k.ejah.

tangis ana tak mungkin berhenti. ayah disebelah hanya menyepi. makin kuat isak tangis ana. tiba2 handphone berdering, fatimah syarha! ana mengangkat sambil isak tangis bergema. ana hanya dgr beberapa butir biacaranya, lembut dan berhikmah. isak ana makin menjadi-jadi. 2 wanita yg berharga selain mak, serentak bertandang. sampai di rumah, muka ana bengkak. ana tak hirau semua itu. usai solat, isak ana masih belum berhenti.

k.ejah, nisah tau akak terkilan sangat dengan nisah. nisah minta maaf banyak2 dgn akak. nisah bersalah pd Allah, nisah kecewakan Allah. nisah akan lakukan sesuatu. insyaAllah kak, akak takkan jumpa perkara itu lagi dalam diri nisah. nisah tak tercapai menjadi asiah yusra, tapi nisah ingin capai menjadi spt akak. bukan mudah, tapi nisah akan usaha. akak sayang, maafkan adikmu yg telah lukakan hatimu.

tarbiyyah nisah, tuntun nisah pd yg SATU. nisah tak kuat, terutama apabila berkait dgn muslimin. akak jangan biarkan nisah balik macam dulu, terkutuk! terkutuk ya amat. akak sayang fillah, doakan nisah! nisah harap masih ada peluang untuk menjadi syauqah wardah yg hanya memperjuangkan islam walau d mana jua.

buku tu, maafkan nisah tak sempat tinggalkan coretan. dan lagu ni, khas untuk akak. akak dengarlah sambil baca buku tu..dan surat akan menyusul, insyaAllah! mga akak mendapat mujahid sejati. berat hati nisah nak lepaskan akak

*lagu sebuah pertemuan

0 comments: