BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 9, 2009

akhirnya,ayah sudi menulis!

Reaksi Keganasan Rejim Yahudi ke atas Penduduk Gaza di Palestin

Oleh: Abdullah Sani Gani, Kubang Kerian, Kelantan.

Menjelang sambutan Maal Hijrah 1430 kita berasa sedih kerana Israel menyerang penduduk Gaza yang dikuasai oleh Hamas. Dengan angkuhnya RejimYahudi menyerang Gaza dengan kekuatan tenteranya dengan melepaskan peluru-peluru berpandu ke atas sasarannya di Gaza. Seperti biasa umat Islam mengambil tindakan dengan menunjuk perasaan di kedutaan-kedutaan Amerika dan sekutunya. Ada juga cadangan daripada beberapa golongan masyarakat Islam yang marah supaya memboikot barangan Israel dan sekutunya.

Daripada tunujuk-tunjuk perasaan menampakkan kebencian mereka kepada Yahudi dan sekutunya yang amat sangat tetapi selepas itu keaadannya seperti biasa. Kebanyakan mereka masih mengikut cara hidup Yahudi dan Nasara.

Amat malang umat Islam jika inilah satu-satunya cara untuk kita bertindak menyekat keangkuhan dan keganasan Yahudi.. Pada hal menurut petunjuk Al Qu’an dan Sunnah penyelesaian sebenar masalah ini telahpun diberitahu secara jelas.

Jika kita tinjau dengan teliti cara hidup umat Islam kini rata-rata banyak tidak mengikut ajaran Al Qur’an dan Sunnah akibatnya kita tidak mendapat nusrah Allah dan menjadi lemah seperti kelihatan dewasa ini. Allah telah berjanji di dalam Kitabnya, ”Dan janganlah kamu berasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa-apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan), jika kamu orang yang (benar-benar) beriman.”
( Surah Ali ’Imran ayat 139)

Syarat untuk mendapat kemenangan dalam ayat-ayat di atas ialah orang-orang Islam benar-benar beriman, tapi renungankanlah keadaan orang-orang Islam kini menurut perspektif Al Qur’an dan Sunnah. Amat menyedihkan. Walupun sesetengah negara Islam mempunyai kekayaan harta(minyak) tetapi kita tidak berani bertindak yang sepatutnya apabila musuh-musuh Islam membunuh saudara kita seIslam khusus di Palestin. Iman kita lemah, keyakinan kita pada akhirat kurang walupun jumlah umat Islam ramai dan masih ada lagi orang-orang soleh.

Dalam sebuah hadith Nabi SAW. Ada sahabat bertanya kepada Nabi SAW. Apakah mungkin kami akan musnah dan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada lagi orang yang soleh dan bertaqwa? Nabi SAW. Menjawab, “Ya, apabila keburukan telah bermaharajalela.” (Kitab at Targhib, hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

Ajaran Islam dicuai-cuaikan, sebaliknya pendapat dan fikiran sendiri digunakan dalam kehidupan harian. Sedangkan perkara inilah yang menyebabkan keadaan yang berlaku ke atas umat Islam iaitu penindasan dan keangkuhan puak kufar ke atas umat Islam

Salah satu sebab umat ini menerima azab di dunia ialah kurang menjalankan amr- bil- ma’ruf dan nahi-anil mungkar(menyuruh yang makruf dan melarang yang mungkar). Dalam sebuah hadith daripada Hazrat Anas RA. bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW. bersabda, Lailahaillalla sentiasa memberi manfaat kepada penyebutnya dan menolak azab dan bencana daripada mereka selama mereka tidak meringan-ringankan haknya.” Para sahabat bertanya, “Apakah yang dimaksudkan dengan meringan-ringankan haknya? Nabi SAW. Menjawab, ”Apabila perbuatan maksiat kepada Allah SWT. berterang-terangan dan maksiat itu tidak dicegah dan tidak diubah. (At Targhib, hadith riwayat al Asbahani).

Satu lagi hadith yang berkaitan yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA. Beliau berkata bahawa Nabi SAW.telah bersabda, ”Apabila umatku mengagungkan dunia, kehebatan Islam akan dicabut daripada mereka. Apabila mereka meninggalakn amr-bil-ma’ruf dan ani-’anil-mungkar mereka akan diluputkan daripada keberkatan wahyu dan apabila mereka caci-mencaci antara satu sama lain mereka akan gugur daripada pandangan Allah SWT. (Durrul-Manthur hadith riwayat Hakim dan Tarmizi).

Oleh sebab kelemahan Iman, amalan-amalan Islam tidak dapat dilaksanakan. Untuk meningkatkan iman umat Islam dan mendapat pertolohan ghaibah Allah SWT ialah dengan bersungguh-sungguh mengislahkan diri kearah penigkatan iman dan menyeru orang-orang Islam yang lain kearah ini.

Satu petikan ayat al Qur’an, ”Kalau kamu membantu (agama) Allah SWT. Nescaya Allah SWT. membantu kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” Surah Muhammad ayat 7). Mengikut para ulama membantu agama Allah ialah dengan meninggikan kalimah Allah SWT. dan menyebarkan Islam. Amr-bil mar’ruf nahi-anil mungkar mesti dilaksanakan pada peringkat diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara.

Tugas-tugas ini telahpun dijalankan oleh para sahabat, kebanyakan mereka bertebaran ke seluruh alam untuk menyebarkan Islam. Hasil daripadan pengorbanan mereka dan orang-orang selepasnya kita menikmati Islam. Sebaliknya apabila usaha agama ditinggalkan orang-orang Islam akan berhadapan dengan berbagai masalah. Wahai saudaraku kembalikan kepada ajaran Islam seperti amalan para-para sahabat dan mereka yang telah berjaya sebelum kita.


(Sumber rujukan: Muhammad Ihtishamul Hasan, Kemunduran Umat dan Penyelesainnya(Terjemahan); Kuala Lumpur, Era Ilmu Sdn Berhad, Cetakan Pertama 2002).

Tarikh: 4 Muharam 1430 H. bersamaan 1 Januari 2009 M.

*doakan kami sekeluarga selamat dalam perjalanan dn diberkati Allah..moga antum semua di bawah lindunganNya..lebih kurang sejam lagi kami akan berangkat.ya Allah,hancurkan musuh2 islam,kuatkan iman kami!

wallahu'alam

0 comments: