BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 21, 2009

4 negeri sejuta hikmah

assalamualaikum,

ana baru sampai dr melaka pkl 10.30pg dan berpijak di baiti jannati 11pg. terasa amat rindu pd blog. kekok rasanya tangan untuk menulis kembali setelah hampir 2 minggu mengembara. perjalan ke 4 buah negeri memenatkan..digagahkan jua tulang 4 kerat meredah semudera. harap2..ana jumpa hikmah yg bisa menambah iman dan taqwa.

jauh perjalanan, namun semuanya seperti biasa. ana mencari hikmah kembara ini. hati berbisik,"mungkin lantaran dosa terlalu banyak hati menjadi buta," astaghfirullah

sebaik kaki menjejak kuala lumpur, pemandangan yg biasa dilihat. kerenah manusia berkejar ke tempat kerja seawal pagi.rehat sebentar setelah breakfast, petang ziarah saudara-mara hingga beberapa hari. itupun ada yg tertinggal.13/1..sampai johor bharu,rumah abang yg ke-4.

14/1..bertolak ke singapore. tempat lahir ummi. menginap d rumah mak long. kami tak lekat d rumah mak long, berjalan je. ana masih mencari keajaiban..dan terus bersabar.

kami singgah di tampines mall,didalamnya ada sebuah pusat beli-belah Isetan. harga kat situ memang setanlah..mahal ya amat bg ana. tp sebab tgh sale, taklah mahal sangat. sedang belek2 earings yg ana berkenan, ana terpandang satu makcik..bertudung labuh dan berjubah. dengan suaminya dan anak lelakinya. antum semua maklum, singapura macamana kehidupan mereka. nak jumpa tudung labuh sikit punya payah. nak jumpa tudung labuh d Isetan, bg ana mustahil. kat sana lebih kurang macam pavilion lah.diorg panggil tampines mall ni 'little orchard'. ana merenung pakaian sendiri, alangkah terasa hinanya waktu tu. dalam gemerlap berfesyen, seluar pendek, skirt pendek, baju ketat tanpa lengan, rambut blonde, kasut tumit 5inci, baju terdedah sana sini..dengan brand antarabangsa like versace, padini, polo, dior, chanel, LV dan sebagainya. antum boleh bayangkan, yg makcik tu boleh berbangga dengan pakaian muslimahnya. sekilas ana tak sempat melihat makcik tu, kerana ramai sangat orang d Isetan. hati ana berbisik, mungkin inilah hikmah yg ingin Allah berikan pd ana..mungkin ini Allah ingin menegur ana. Menegurcara ana berpakaian. ya, memang ana bukan seperti diorang..tidak memakai skirt pendek dan baju tanpa lengan..tetapi sehelai tudung, blaus dan seluar longgar tidak cukup utk menggambarkan imej muslimah sejati.

bukan ana mengutuk mereka berpakaian begitu, ini lebih kepada diri ana. sementelah ana tinggalkan dunia blaus dan seluar, kini apabila mengembara ana menyarungnya semula. batin ana menjerit tidak selesa, memang terasa amat janggal..namun kejadian d Isetan menyedarkan ana. iman terlalu lemah! dan ana mendapat semangat kembali mengekalkan imej sedia ada. inilah hikmah kembara yg ana dapat. mungkin tidak besar mana, mungkin tak hebat mana..tapi bagi ana ia amat bermakna dalam hidup.


coretan ana hanyalah tinta dari seorang hamba Allah yg teramat hina..biarkan manusia memandang dengan pandangan apa sekalipun, namun pandangan Allah terasa hinanya aku disitu!

wallahu'alam

0 comments: