pelbagai mesej yg ana terima untuk selamatkan palestin. ada yg diakhiri dgn AMANAH! perlu difowardkan kpd 10 orang dn sebagainya. terbit sangsi. kerana terlalu banyak mesej yg ana takut ia tidak benar. selepas bertanya kepada seorang akhowat, dia membalas "wsalm.memang penting untuk kempen palestin besar-besaran skrg ni.yahudi mengganyg setaraf binatang.4wardlah x kira brpa seikhlas mungkin"
menitis air mata melihat mayat2 yg syahid di bumi palestin. ana bertanya ibu,"mak,bestkan diorang.mati syahid.tak perlu mandi.darah itu mnejadi saksi.kan best kalau kita pergi sana,mati syahid jugak"
ibu ana membalas,"kita tak sekuat diorang anis.belum pun angkat senjata,dah terkulai sebab tak makan.semangat juang diorang hebat.kita doa,doa je boleh sekarang"
ana tersenyum kepadanya.ya!hanya doa ikhlas yg boleh kta berikan.disamping sumbangan lain.
ayah ana mencelah,"sekarang umat islam perlu bersatu.anis tengok,islam dipermainkan sewenangnya.sebab apa?sebab umat islam lemah.orang main2kan agama kita pun,boleh senyap lagi,boleh diam..buat tak tahu.itu tandanya iman kita lemah.lihat mujahideen dulu,sanggup infakkan semua harta untuk islam.mati untuk islam.hilang segalanya untuk islam.semangat tu dah takde sekarang ni.orang islam perlu kuat menentang musuh,dari segi pemikiran dan cara".tegas ayah mengeluarkan pendapat.
"kalau bersimpati semata pada diorang,tapi cara hidup macam yahudi nasara..macamana?support diorang.boikot pun sekejap saja..lepas ni telan balik apa yg diorang bekalkan.iman kita lemah.hidup kita dah macam diorang,takde beza.sedih,sedih jugak,tapi amalan kita masih sama.ikut telunjuk mereka.tengok rakyat islam malaysia macamana,sekali yahudi nasara bom,mati katak semua"ana mengangguk-anggukkan kepala tatkala mendengar luahan hati seorang ayah.iman kita lemah!
dalam hati,ingin saja aku ke sana bersama rakan yg lain..mengangkat senjata,membantu merawat,membantu beri semangat.dalam masa yg sama,masyarakat islam di malaysia makin lalai,lagho dgn pesona dunia smeentara.bertambah-tambah rundung kesedihan.apabila terlihat pd diri pula,masih lemah dan lalai..mereka tiap saat dalam ketakutan,setiap saat harapan hanya pd Allah.tapi kita?hanya tahu nak cari kepuasan diri sendiri.tapi kita?tak pernah cukup.tapi kita?renung2kanlah...terrlalu banyak,tapi kita?
wallahu'alam
0 comments:
Post a Comment